Kegusaran pengguna kad tambah nilai prabayar kini berdepan krisis 6% selepas syarikat telco meminta 6% dari tambah nilai untuk cukai perkhidmatan.ramai yang menyalahkan kerajaandiatas berita ini.namun najib meyatakan bahawa kerajaan tidak pernah meluluskan tuntutan cukai 6% daripada pengguna.berikut adalah kenyataan najib berhubung cukai 6% yang dikenakan oleh syarikat telco kepada pengguna.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.
Najib berkata, keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pengguna.
Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.
“Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas daripada orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.
“Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat.
”Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga, kita hendak kurangkan bebanan pada rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan logo baharu Maybank di Menara Maybank di sini hari ini.
Najib berkata, kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri.
“Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri,” katanya. Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, mengulas satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi semalam yang mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk-produk prabayar bermula Khamis depan.
Menurut kenyataan itu, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi. Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.
Dengan cukai perkhidmatan 6.0 peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

0 comments:
Post a Comment