Saturday, August 6, 2011

Ramadhan Jimat Cermat

Ramai yang kata , bulan Ramadan adalah masa yang paling sesuai untuk berjimat cermat.Tapi sebenarnya , ramai yang tewas dengan godaan nafsu. Jadi , apa yang perlu kita buat untuk mengelakkan membazir.Lagipun membazir ni adalah amalan syaitan.Walaupun syaitan dan iblis tu dah kena ikat tapi amalan-amalan makhluk berpuaka tu masih lagi dipraktikkan.


Tips 1: Masak sendiri di rumah

Menjadi suatu yang janggal sekiranya anda tidak ke bazaar ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa. Betul ke? Untuk penjimatan maksimum, anda tidak perlulah ke bazaar ramadhan sebaliknya masak sahaja juadah berbuka seperti masak makan malam seperti biasa.

Sekiranya anda masih bujang dan berkongsi rumah dengan kawan-kawan, bolehlah kumpulkan wang untuk membeli bahan mentah dan masak sendiri. Sudah tentu jimat 

Tips 2: Merancang perbelanjaan di bazaar ramadhan

Pastikan anda membuat perancangan sebelum ke bazar. Buat senarai makanan atau barang yg nak dibeli beserta anggaran kos. Sediakan jumlah wang yg diperlukan sahaja di dalam dompet atau beg tangan anda. Jadi, anda hanya membeli makanan seperti dalam senarai anda dengan jumlah wang yang ada di tangan anda sahaja. Semasa inilah kejujuran dan disiplin anda bakal diuji kerana sesungguhnya membeli makanan ketika sedang lapar tidaklah mudah. Lebih-lebih lagi tika nafsu makanmu meluap-luap 

Tips 3: Berbuka di masjid/surau

Inilah cara paling jimat untuk berbuka puasa. Paling best jika ada masjid atau surau yang menyediakan juadah berbuka sepanjang bulan ramadhan. Ini strategi yang biasa diguna pakai oleh penuntut IPT. Saya dulu-dulu pun buat macam tu tapi bukanlah hari-hari yer 

Selain itu, anda juga boleh dapatkan bubur lambuk secara percuma di masjid/surau tertentu. Boleh bawak balik untuk berbuka ataupun bersahur. Yang penting, niat kena betul dan mengikut syariat. Barulah dikira sebagai amal yg soleh

Tips 4: Elak berbuka puasa di hotel

Berbuka puasa di hotel adalah trend masa kini. Masa saya kecil-kecil dahulu memang takda pon budaya ini. Sekiranya anda nak berbuka puasa di hotel pon, tunggulah bila ada orang atau company yang belanja (kalau ada lah). Kalau tidak , anda perlu membelanjakan lebih RM40 seorang untuk berbuka puasa. Kalau seorang sahaja makan takpalah, tapi kalau anak dah 9 orang, tambah lagi dengan mak ayah kita, banyak tu. Tepuk dada, tengoklah status kewangan anda.

Tips 5: Fokus kepada ibadah dan elak ber”shopping”

Ketika bulan ramadhan inilah usahawan yang menjual makanan, kurma, kuih raya, baju raya dan lain-lain mengaut keuntungan disebabkan permintaan yang tinggi. Sehinggakan kita sebagai pembeli berkali-kali keluar di waktu malam dan siang (atau ada yg tak pergi solat terawih dan solat jemaah) untuk membeli barang-barang keperluan untuk raya.

“Barangsiapa mendirikan puasa ramadhan dengan penuh keimanan dan kebaikan, maka akan diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu” (HR Bukhari & Muslim)

1 comments:

athirah said...

salam ziarah. salam ramadan:)

Post a Comment

 
;