Saturday, August 27, 2011 2 comments

Karya Aidilfitri 2011


SALAM AIDILFITRI KEPADA SEMUA KENALAN MAAF ZAHIR DAN BATIN KU POHON.



       


Monday, August 22, 2011 0 comments

Ramadhan 2012

Salam ramdhan.. kali ini nak kongsi tentang satu artikel yang aku baca kat sebuah laman yang mulanya wat aku agak tersentap sebentar lagipun cerita ni dh banyak tersebar so ini lah jawapan yang telah dihuraikan oleh JAKIM. papepun benda ini gak boleh wat pedoman untuk kita utk berubah lebih baik. kita tidak tahu apa yang sudah drancang olehNya.. aminn


Cuba lihat kalendar di bawah untuk tahun 2012… 1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 July hari Jumaat, jadi 3 August 2012 bersamaan 15 Ramadan jatuh juga hari Jumaat. Sama dengan hadis Nabi pasal huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadan di bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit, bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal cuma 1/3 shj. (yang NASA Amerika ada beritahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas di bumi). Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu……. ALLAH sahaja Maha Mengetahui…………. cuba kita tengok Hadis Nabi di bawah ini dan kenyataan pasal Kalendar Islam 2012.

UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES
2010 Calendar
Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)
Aashura: December 27, 2009
Ramadan: August 11 – September 8, 2010
Eid ul-Fitr: September 9, 2010
Hajj: November 14 – November 17, 2010
Eid ul-Adha: November 16, 2010

2011 Calendar
Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)
Aashura: December 16, 2010
Ramadan: August 1 – August 29, 2011
Eid ul-Fitr: August 30, 2011
Hajj: November 4 – November 7, 2011
Eid ul-Adha: November 6, 2011

2012 Calendar
Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011
Ramadan: July 20 – August 18, 2012
Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 – October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012

Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: “Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!”, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.

Jawapan dari JAKIM:

Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do’if Jiddan atau Maudu’. Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas.

Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A’lam Nubala’ ; ” Tidak boleh seseorang pn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat. Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui. Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).

Wallahu a’lam…semoga kita berhati2 dgn hadith2 seumpama ini..dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya.
0 comments

Edit Edit Edit AIDILFITRI

hahaha petang ini hujan lebat. so nak kuar tak boleh pi bazaar pun tk boleh gak. duk umah hadap tv dn laptop. smbil hadap laptop tuu tercetus plak idea nk edit gambar. salah satunya ni haa hahaa seronok2 jew. ni pun konsep dri bentuk asal kad rya dia just edit2 skit nk cri ori tk dew. so karanglaa sednri.. hahaa ni laa hasilnyaa laayaaan sudaa... PEACE NO WAR


SITI NURHALIZA RAYA 2011 


Sunday, August 21, 2011 0 comments
RAIHAN - MALAM LAILATUL QADAR


Di dalam bulan Ramadhan
Ada satu malam
Nilainya menyamai
Dengan seribu bulan

Itulah dia malam Al-qadar
Hadiah pada hambanya yang bertaqwa

Di dalam bulan ramadhan
Ada satu malam
Nilainya menyamai
Dengan seribu bulan

Singkaplah tabir
Di sepuluh malam terakhir
Berlumba kita mencari keredhaanNya
Hidupkan malam beribadah dan iktikaf
Berdoa, bertasbih dan memohon keampunan

Malam apakah ini ?
Kiraannya 83 tahun
Melangkaui kadar lazim biasa umum
Usia umat nabi pilihan
Beruntunglah bagi hamba

Di dalam bulan Ramadhan
Ada satu malam
Barangsiapa yang menghidupkan
Lailatul Qadar
Akan diampunkan dosa-dosanya yang silam

Ya Allah
Yang memberi
Kemaafan
Maafkanlah kami
Semua hamba-hambaMu
0 comments

Siapa Kata Susah..?


salamm ramdhan. sedar tak sedar kita suda memasuki minggu teakhir dalam bulan ramdhan. beberapa hari jew kita akan menyambut hari raya aidilfitri. alhamdulillah puasa tahun ini full walaupun beberapa hari tu mencbar iman tetapi puasaa tetap gak kukuh. amin so kowg full tk? haa sementara menungu menyambut raya tu puasa yg masih tertingal ini just beberapa hari sahaja pew kata isi dengan perkara berfaedah dan manfaat. contoh mencari malam lailatul qadar. Malam Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain.  10 ramadhan teakhir ni banyak2kan lah melakukan solat sunat, zikir dan membaca al-quran ditengah malam jangan nak asyik mendonload lagu raya jew hohohoo mana laa taw terjumpa malam lailatul qadar.Para alim ulamak ada menghuraikan mencari malam lailatul qadar seperti 

1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas.
2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat.
3. Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.
Friday, August 19, 2011 0 comments

Mencari Malam Lailatul Qadar


Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapatimalam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:


  Maksudnya:
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku "


10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Friday, August 12, 2011 0 comments

2 Minggu Ramadhan

Alhamdulillah.. pejam celik dah 2 minggu berlalu kita berpuasa di bulan ramadhan. so sapa kata puasa itu susah? senang kan kalai kita pandai menguruskan masa dan aktiviti. kalau aktiviti ada tak terasa penatnya puasa bahkan rasa sekejap jew disiang hari tu. banyk aktiviti kita leh buat tapi biarlah perkara yang tidak memudaratkan puasa ok. papepun ramadhan masih ada lagi 2 minggu lagi haaa jangan nak try tinggal plak. keep it up ok dan jangan lupa solat terawih dimalam hari.  bnyak khasiat terawih tu. setakat ini aku dew tinggal sekali jew sbb time tu kurang shat tpi skunk alhamdulillah Allah masih mmberi ruang utk aku solat terwih gak. kita tunaikn solat tu seperti kita takkan solat esok lagi. paham2 laa ya. ramadhan pun dh hampir ketengahan syahwal plak mula dimeriahkan. so persiapan raya mungkin start next week. baju melyu tak beli kot sebb pakai baju konvo rituu jew. yolew baju rituu elok lagi. tempah mahal2 pkai sekali jew ritu so tak maw membazir. seperti tahun2 lalu ada design kad raya tetapi tahun nak wat diferent skit iaitu just my version jew. selalu buh gmbr fmly tpi ini sowg sudaa. spt kad raya dulu2 konsep sma jew moden art tpi kali ini ada sentuhan klasik retro. dah design dh just tggu masa nk release. insyaAllah lagi semingu nak raya tuu bru upload ok.. bawah ini sedikit gmbr tsebut.. nak full tggu ok hoho PEACE NO WAR

raya edition
Saturday, August 6, 2011 1 comments

Ramadhan Jimat Cermat

Ramai yang kata , bulan Ramadan adalah masa yang paling sesuai untuk berjimat cermat.Tapi sebenarnya , ramai yang tewas dengan godaan nafsu. Jadi , apa yang perlu kita buat untuk mengelakkan membazir.Lagipun membazir ni adalah amalan syaitan.Walaupun syaitan dan iblis tu dah kena ikat tapi amalan-amalan makhluk berpuaka tu masih lagi dipraktikkan.


Tips 1: Masak sendiri di rumah

Menjadi suatu yang janggal sekiranya anda tidak ke bazaar ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa. Betul ke? Untuk penjimatan maksimum, anda tidak perlulah ke bazaar ramadhan sebaliknya masak sahaja juadah berbuka seperti masak makan malam seperti biasa.

Sekiranya anda masih bujang dan berkongsi rumah dengan kawan-kawan, bolehlah kumpulkan wang untuk membeli bahan mentah dan masak sendiri. Sudah tentu jimat 

Tips 2: Merancang perbelanjaan di bazaar ramadhan

Pastikan anda membuat perancangan sebelum ke bazar. Buat senarai makanan atau barang yg nak dibeli beserta anggaran kos. Sediakan jumlah wang yg diperlukan sahaja di dalam dompet atau beg tangan anda. Jadi, anda hanya membeli makanan seperti dalam senarai anda dengan jumlah wang yang ada di tangan anda sahaja. Semasa inilah kejujuran dan disiplin anda bakal diuji kerana sesungguhnya membeli makanan ketika sedang lapar tidaklah mudah. Lebih-lebih lagi tika nafsu makanmu meluap-luap 

Tips 3: Berbuka di masjid/surau

Inilah cara paling jimat untuk berbuka puasa. Paling best jika ada masjid atau surau yang menyediakan juadah berbuka sepanjang bulan ramadhan. Ini strategi yang biasa diguna pakai oleh penuntut IPT. Saya dulu-dulu pun buat macam tu tapi bukanlah hari-hari yer 

Selain itu, anda juga boleh dapatkan bubur lambuk secara percuma di masjid/surau tertentu. Boleh bawak balik untuk berbuka ataupun bersahur. Yang penting, niat kena betul dan mengikut syariat. Barulah dikira sebagai amal yg soleh

Tips 4: Elak berbuka puasa di hotel

Berbuka puasa di hotel adalah trend masa kini. Masa saya kecil-kecil dahulu memang takda pon budaya ini. Sekiranya anda nak berbuka puasa di hotel pon, tunggulah bila ada orang atau company yang belanja (kalau ada lah). Kalau tidak , anda perlu membelanjakan lebih RM40 seorang untuk berbuka puasa. Kalau seorang sahaja makan takpalah, tapi kalau anak dah 9 orang, tambah lagi dengan mak ayah kita, banyak tu. Tepuk dada, tengoklah status kewangan anda.

Tips 5: Fokus kepada ibadah dan elak ber”shopping”

Ketika bulan ramadhan inilah usahawan yang menjual makanan, kurma, kuih raya, baju raya dan lain-lain mengaut keuntungan disebabkan permintaan yang tinggi. Sehinggakan kita sebagai pembeli berkali-kali keluar di waktu malam dan siang (atau ada yg tak pergi solat terawih dan solat jemaah) untuk membeli barang-barang keperluan untuk raya.

“Barangsiapa mendirikan puasa ramadhan dengan penuh keimanan dan kebaikan, maka akan diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu” (HR Bukhari & Muslim)
Thursday, August 4, 2011 0 comments

Harapan Ramadhan


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
Tuesday, August 2, 2011 0 comments

Manfaat Solat Terawih

Solat Tarawih merupakan solat sunnah yang dilaksanakan pada bulan Ramadan. Setiap kali masanya tiba, berduyun-duyun masjid menjadi penuh selepas waktu Isya.

Sebuah hadits diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib R.A, bahwa suatu hari Rasullullah SAW ditanya oleh sahabatnya, tentang keistimewaan shalat tarawih pada bulan Ramadan. Maka Rasullullah SAW bersabda; Siapa yang melaksanakan shalat tarawih pada :

Malam ke-1:
Terlepaslah ia dari dosa-dosanya seperti ketika ia baru dilahirkan oleh ibunya.

Malam ke-2:
Allah swt memberi pengampunan kepadanya dan kepada kedua orang tuanya jika keduanya mukmin (orang yang beriman)

Malam ke-3:
Malaikat berseru dari bawah Arsy ; mulailah beramal semoga allah swt mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu.

Malam ke-4:
Mendapatkan pahala sama dengan pahala membaca Taurat, Injil, Zabur, dan Al-Furqon (al Quran)

Malam ke-5:
Allah memberi pahala kepadanya seperti pahala orang yang shalat di Masjid Alharam (masjidil haram) di Makkah,masjid Nabawi di Madinah dan masjid Al Aqsha di Palestina.

Malam ke-6:
Allah akan memberi pahala seperti pahala orang yang tawaf di-baitul mamur, dan batu-batu serta tanah liat memohonkan ampun untuknya. (subhanallah sungguh luar biasa, batu dan tanah yang kita injak selama ini,ternyata bisa memintakan ampunan kepada Allah untuk kita).

Malam ke-7:
Seakan-akan dia berjumpa nabi Musa a.s kemudian menolongnya dari Kerajaan Firaun dan Hamman.

Malam ke-8:
Allah memberikan kepadanya, apa yang pernah Allah berikan kepada Nabi Ibrahim a.s

Malam ke-9:
Dia menjadi seperti seorang hamba Allah yang beribadah kepadanya seperti ibadahnya seorang nabi.

Malam ke-10:
Allah memberikan anugerah kepadanya,berupa kebaikan dunia dan kebaikan akhirat.



Malam ke-11:
Maka ia akan meninggal dunia dalam keadaan seperti bayi yang baru lahir (meninggal dengan tanpa membawa dosa /husnul khotimah)

Malam ke-12:
Pada Hari Kiamat, Anda akan bangkit dengan muka cemerlang seperti bulan.

Malam ke-13:
Pada Hari kiamat, Anda akan bebas dari ketakutan yang membuat manusia sedih.

Malam ke-14:
Para malaikat memberi kesaksian shalat tarawih anda, dan Allah tidak menghisab anda lagi.

Malam ke-15:
Anda akan menerima shalawat dari para malaikat, termasuk malaikat penjaga Arsy dan Kursi.

Malam ke-16:
Anda akan mendapat tulisan “Selamat” dari Allah, anda bebas dari surga, dan lepas dari neraka.

Malam ke-17:
Allah akan memberi pahala kepada anda sesuai pahala para nabi.

Malam ke-18:
Malaikat akan memohon kepada Allah agar anda selalu mendapat restu.

Malam ke-19:
Allah akan mengangkat derajat anda ke Firdaus (surga yang tinggi)

Malam ke-20:
Diberikan pahala kepada anda sesuai pahala para syuhada dan shalihin.
Dimanakah Kita..?

Malam ke-21:
Allah akan membuatkan sebuah bangunan dari cahaya untuk anda disurga.

Malam ke-22:
Anda akan merasa aman dan bahagia pada hari kiamat, karena Anda terhindar dari rasa takut yang amat sangat.

Malam ke-23:
Allah akan membuat sebuah kota untuk Anda di dalam surga.

Malam ke-24:
Allah akan mengabulkan 24 permohonan Anda selagi Anda masih hidup di dunia.

Malam ke-25:
Anda akan bebas dari siksa kubur.

Malam ke-26:
Allah akan derajat amal kebaikan Anda sebagaimana derajat amal kebaikan Anda selama 40 tahun.

Malam ke-27:
Anda akan secepat kilat bila melewati Siratalmustakim nanti.

Malam ke-28:
Anda akan dinaikkan 1.000 kali oleh Allah di dalam surga kelak.

Malam ke-29:
Allah akan memberi pahala kepada Anda seperti Anda menjalani ibadah haji 1.000 kali yang diterima Allah.

Malam ke-30:
Allah menyuruh kepada Anda untuk memakan semua buah di surga, minum air kausar, mandi air salsabila (air surga), karena Allah Tuhan Anda, dan Anda hamba Allah yang setia.
 
;