Friday, November 4, 2011

Lambaian Ka'abah

Mengerjakan haji (Arab: حج‎ Ḥajj "ziarah") merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji ke Makkah sekali seumur hidup.
Firman Allah Taala :
(ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا ومن كفر فإن الله غني عن العالمين)
Ertinya:
"Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam)."


Rukun Haji
  1. Ihram, berniat bulat mengerjakan ibadah haji. Ibadah ini dimulai sesampai miqat (batas-batas yang telah ditetapkan).
  2. Wukuf di Arafah, ialah berhenti di padang Arafah sejak tergelincirnya matahari tanggal 9 Zulhijah sampai terbit fajar tanggal 10 Dzulhijah.
  3. Tawaf Ifadhah, ialah mengelilingi ka'bah sebanyak 7 kali, syaratnya : Suci, menutup aurat, Ka'bah berada disebelah kiri orang yang mengelilingi, memulai tawaf dari arah Hajar Aswat.
  4. Sa'i, ialah lari-lari kecil atau jalan cepat antara bukit Shafa dan Marwah.
  5. Mencukur/menggunting rambut. Sedikitnya memotong tiga helai rambut.
  6. Tertib, ialah menjalankan rukun haji secara berurutan.

p/s Semoga para haji malaysia mendapat haji mabrur dan selamat disana. =)

0 comments:

Post a Comment

 
;